28 December, 2015

Makam Nakhoda Nan Intan, Makam Syeikh Muhammad Salleh ibni Syeikh Ahmad & Makam Syeikh Ahmad Khidir Syeikh Salleh Al-Makawi

bersambung dari artikel Masjid Batu Uban

Disebelah tepi dan belakang masjid, terdapat kawasan perkuburan lama yang terletak nya orang orang penting dalam pembukaan kawasan batu uban. berikut sedikit info yang didapati dari blog blog yang lain.

Haji Muhammad Salleh @ Nakhoda Nan Intan bin Nan Tunku Patis Sebatang

Beliau berketurunan dari Dato 'Pepatih nan Sebatang yang tinggal di kampung yang dinamakan Kampung Bodi, di daerah Payakumbuh di kawasan tanah tinggi di Sumatera Barat.

Beliau berkahwin dengan 3 orang isteri:
1. Suripadi dari Payakumbuh
2. Che Aminah Deli
3. Che Aishah (Che Tunggal)

KISAH MENGENAI KETIBAAN Nakhoda DI PULAU PINANG
Beliau berhijrah dari Payakumbuh di kawasan pedalaman ke Batu Bara di pantai timur Sumatera dan kemudian belayar di Selat Melaka dan tiba di Perak, kemudian naik ke Batu Uban, Pulau Pinang.

Beliau adalah seorang alim dan beliau telah membina Masjid Batu Uban di Pulau Pinang pada 1734. Beliau kemudian ke selatan ke Melaka dan membina Masjid Banda Hilir (bertarikh 1820). Beliau kemudian belayar ke Singapura dan membina masjid lain (tidak diketahui).
Makam2 lama disekitar Masjid Batu Uban

Gambar2 yang diambil

Makam Syeikh Ahmad Khidir Syeikh Salleh Al-Makawi 

Terletak di dalam bahagian masjid. Bersebelahan mihrab



Makam2 lama yang terdapat disekitar masjid



Di belakang sebuah tembok yang runtuh terdapat 2 buah makam ini

Makam yang pertama sebelah kiri adalah  Makam Syeikh Muhammad Salleh ibni Syeikh Ahmad 

Disebelah kirinya di percayai bahawa Makam Nakhoda Nan Intan. Wallahualam...

Macam biasa anak anak saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar. Sekian...