29 December, 2015

Masjid Jamek Alimsah Waley & Makam2 disekitarnya, Makam Maulana Miskin


Selepas ziarah Makam Shariff Nagore di Queen Street, kami menyusuri jalan ke Chulia Street dengan berhajat untuk ziarah Makam Alim Syah & Makam Maulana Miskin. Dua2 makam terletak berdekatan sama sekali dalam jarak 20 meter. 

Sedikit info tentang masjid ini:
Masjid Alimsah Waley atau Masjid Alimah Waley adalah sebuah masjid di sepanjang Chulia Street yang diasaskan oleh kaum India Muslim. Ia juga dikenali sebagai Masjid Jamek Lebuh Chulia. Masjid ini dinamakan sebagai penghormatan kepada Haji Abdul Cader Alim.Sejarah Masjid Alimsah Waley kembali kepada 1803 apabila umat Islam di bawah pimpinan Haji Abdul Cader Alim membeli sebidang tanah di Chulia Street, yang pada masa itu dipanggil Malabah Street.
Pada 3 November 1811, tanah itu diserahkan kepada Haji Abdul Cader Alim, selaku imam masjid. Selepas itu, masjid ini dinamakan Masjid Haji Abdul Cader Alim.
Pada 5 Julai 1843, Haji Abdul Cader Alim dilantik Sahid Lebby, Muckdom Sah dan Kader Meah sebagai pemegang amanah masjid, dan untuk menguruskan harta tanah Islam, dengan syarat bahawa tanah itu tidak boleh dijual. Haji Abdul Cader Alim meninggal dunia pada 1852. Tiga pemegang amanah kemudiannya meninggal dunia, Sahid Lebby pada tahun 1852, Muckdom Sah pada tahun 1851, dan Kader Meah pada tahun 1843. 
Tiada seorang pun daripada mereka meninggalkan waris.  Hasilnya, pada tahun 1853-1901, terdapat perebutan di kalangan kumpulan yang berbeza alih kawalan masjid, sehinggakan isu ini adalah diseret ke mahkamah.
Pembinaan baru Masjid Alimsah Waley bermula pada tahun 2003 dan telah siap pada tahun 2007.
Lokasi masjid ini, GPS Lokasi: 5.4190414,100.3347614



Google earth akan kelihatan seperti ini:



Street view pulak akan kelihatan seperti ini:



berikut dilampirkan sedikit sebanyak gambar didalam masjid ini:

Pandangan masjid dari pintu masuk.


























Dipintu gerbang masuk ke masjid ada signboard ini:




Kemudian akan nampak tanah perkuburan yang kecil, dipercayai kepunyai imam masjid yang pertama.



Makam ini lebih terserlah dari makam2 yang lain. Mungkin ini makam kepunyaan Haji Abdul Cader Alim 

Ada makam2 yang lain



Aku juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar.




Mari kita lihat apa yang ada didalam. Kelihatan sekumpulan tabligh sedang berkumpul.















Mimbar
























Mehrab

























Dewan solat utama


Kolah wuduk diluar















Ruang solat disebelah kiri masjid sebelum ke kolah wuduk.


Selepas itu saya dan anak lelaki saya pergi ke Makam Maulana Miskin yang teletak dalm 20 meter dari masjid tersebut iaitu di Jalan Mesjid. Sayangnya ada waktu tertentu sahaja yang dibenarkan untuk ziarah makam tersebut. Sekian...