Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah SWT...
Saya diberi kesempatan untuk ziarah wali Allah yang masih hidup iaitu Syeikh Al Hafiz Al Ustaz Haji Abdullah Bukhari, Imam Besar Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.
Saya pergi ke rumah beliau di Jalan Beringin, Datuk Keramat bersama keluarga saya, di sapa oleh anakanda beliau dengan menyatakan bahawa ustaz (Syeikh Al Hafiz Al Ustaz Hj Abdullah Bukhari) telah dimasukkan ke hospital Besar Pulau Pinang pada pagi tadi disebabkan sakit air kencing pekat. Beliau telah dimasukkan ke wad CGW.
Selepas itu kami terus ke rumah Uncle Mad, abang ipar kepada abah saya, beliau sedang uzuzr ketika ini. Selepas itu pula kami singgah ke dulu di Padang Brown, untuk makan mee goreng dan cucur udang. Orang Penang panggil cucuq udang.
Lepas makan terus kami pi ke hospital untuk ziarah ustaz Bukhari (Beliau lebih selesa di panggil begini).
Berikut sedikit sebanyak gambaq yang isteri saya amik...
Sedikit info mengenai Ustaz Bukhari:
Lahir: 1932
Sekolah: Sekolah Agama Al Mashoor, Pulau Pinang
Bertugas: Pendidik di Sekolah Agama Al Mashoor
Huffaz terawal di Pulau Pinang
Imam Masjid Kapitan Keling sejak 1976
Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang
Semoga Ustaz bukhari cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Amennn...
Lahir: 1932
Sekolah: Sekolah Agama Al Mashoor, Pulau Pinang
Bertugas: Pendidik di Sekolah Agama Al Mashoor
Huffaz terawal di Pulau Pinang
Imam Masjid Kapitan Keling sejak 1976
Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang
Semoga Ustaz bukhari cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Amennn...