04 February, 2013

Masjid Al- Sharif, Simpang Tiga, Gombak

Allah3x... 
Alhamdulilah...

Petang tadi masa jalan2 dengan zaujah dan aliff, singgah sebentar untuk solat asar di Masjid Al-Shariff, Simpang Tiga, Gombak. Masjid yang bersebelahan dengan Sungai Gombak. Parking kereta di tepi pintu masuk masjid, ternampak satu makam. Makam kepunyaan Tuan Guru Haji Mohd Shariff Bin Abdul Rahman. Al- Fatihah...



Al Fatihah...


Nama: Allahyarham Tuan Haji Mohd Shariff Bin Abdul Rahman

Tarikh Lahir: 15hb Ogos 1878
Tarikh Meninggal Dunia: 21hb Jun 1955

Sedikit info mengenai beliau:


Allahyarham datang ke kampung ini pada tahun 1905.

Merupakan tuan guru agama ulung dan pengasas Masjid Kampung Simpang Tiga. Gombak
Allahyarham juga adalah bekas kadhi Kuala Lumpur

Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Amin...