28 March, 2013

Makam Syeikh Inyiak Angku Aluma Koto Tuo

Mari kita flash back ke tahun 2013. Semasa perjalanan saya ke kampung halaman isteri, di Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Saya berbual2 dengan pak supir, Om IM, Beliau banyak bercerita tentang hal ehwal agama sepanjang perjalanan dari Bendara Minangkabau ke Bukit Tinggi. Terdetik di hati saya, bertanyakan makam2 tokoh2 ilmuan agama di Padang. Beliau menyatakan bahawa ada satu makam di Koto Tuo, Apa lagi kami terus pergi ke situ.

Berikut saya lampirkan serba sedikit gambaran makam tersebut. Makam didalam rumah dan merupakan dua tingkat makam. Makam Syeikh Inyiak Angku Aluma di tingkat 1 bersama anaknya. Manakala makam isterinya berada di tingkat bawah.