28 January, 2016

Celcom CS Covention 2016

Lagi 2 hari berlangsungnya CElcom CS Convention. Aku ditugaskan menjadi FM (floor manager). Adoi... nak kena pi cari baju lagi.. ermmm... tema pagi black & white, dinner plak blue & white... nak kena cari bajuuuuuuu... :(

19 January, 2016

DILWALE

Lani pi mana saja orang dok cakap pasai muvie ni,
aku pun dok heran jugak, try la tengok
download cerita ni, ingat sambungan cerita dilwale dulhania le jayenge...
rupa2 nya tidak sama sekali.
Jalan plot cerita yang baru dari pengarah dia Rohit Shetty (chennai express).
Action comedy + love story yang best.
tak percaya try la tengok... :)


17 January, 2016

Aleesya - DILWALE

Anak ku Aleesya fefeling Dilwale
wakakaka








12 January, 2016

Assalamualaikum wth...

Dah lama tinggal blog ni
tak update dah lama dah...
tak sempat - sempat nak update
Busy dengan kerja dan macam - macam lagi lah hal...
Anyway insyaallah dalam masa terdekat ini akan aktif semula
Insyaallah...
Amennn...

11 January, 2016

Alaa Comeynyaaaaa...

Hehehe...

comey ja bila anak pompuan saya yang paling kecik,
Nur Aleesya Kamilia merengek nak pakai baju yang sama dengan abang dia...
Geram kan tengok, rasa macam nak gigit





Ni pic dia dengan sepupu dia
Atikah yang sama umur dengan abg nya 5 tahun...



31 December, 2015

Ziarah Dato' Syeikh Al Hafiz Al Ustaz Haji Syed Abdullah Bukhari

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah SWT...

Saya diberi kesempatan untuk ziarah wali Allah yang masih hidup iaitu Syeikh Al Hafiz Al Ustaz Haji Abdullah Bukhari, Imam Besar Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

Saya pergi ke rumah beliau di Jalan Beringin, Datuk Keramat bersama keluarga saya, di sapa oleh anakanda beliau dengan menyatakan bahawa ustaz (Syeikh Al Hafiz Al Ustaz Hj Abdullah Bukhari) telah dimasukkan ke hospital Besar Pulau Pinang pada pagi tadi disebabkan sakit air kencing pekat. Beliau telah dimasukkan ke wad CGW.

Selepas itu kami terus ke rumah Uncle Mad, abang ipar kepada abah saya, beliau sedang uzuzr ketika ini. Selepas itu pula kami singgah ke dulu di Padang Brown, untuk makan mee goreng dan cucur udang. Orang Penang panggil cucuq udang.
















Lepas makan terus kami pi ke hospital untuk ziarah ustaz Bukhari (Beliau lebih selesa di panggil begini).
Berikut sedikit sebanyak gambaq yang isteri saya amik...















































Masa time nak balik tu kami terserempak dengan pakcik Hassan bapa bff saya time sekolah menengah dulu - Hasnizam Hassan. Pakcik Hassan nak pi ziarah jirannya yang admitted.




Biografi Dato' Syeikh Al Hafiz Al Ustaz Haji Syed Abdullah Bukhari

Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang tahun 1990



Sedikit info mengenai Ustaz Bukhari:

Lahir: 1932

Sekolah: Sekolah Agama Al Mashoor, Pulau Pinang
Bertugas: Pendidik di Sekolah Agama Al Mashoor
Huffaz terawal di Pulau Pinang
Imam Masjid Kapitan Keling sejak 1976
Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang





















Semoga Ustaz bukhari cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Amennn...

29 December, 2015

Makam Dato' Koyah @ Keramat Tok Koyah

Makam Dato' Koyah @ Keramat Tok Koyah tidak asing lagi di kalangan orang-orang Pulau Pinang. Sebabnya disebelah makam tersebut letaknya roti canai yang popular iaitu ceri canai. Didepan makam tersebut pula yakni diseberang jalan letaknya pengelur roti benggali terbesar di Pulau Pinang iaitu Ismalia Bakery.

Lokasi gps koordinat: 5.4205934,100.3305087

Google maps:


Google Earth:


Street View:



Berikut saya lampirkan serba sedikit gambar yang saya ambil semasa ziarah dimakam tersebut bersama anakanda yang tercinta. Sewaktu ziarah, makam sedang dibaik pulih.